Craft Felt

Wednesday, 27 March 2013

Cerita Tentang Si Jejaka Hatiku

hai allz...
tak tau niy nk tulis psal pe...blog sy "Story Aku & Dia"...
Tp setakat niy sy lum tulis ape2 yg bkaitan antara sy dan si dye....
si dye??? mesti ade yg ttnye2 sape si dye buat sy kn??? tp yg da tau tu, diam2 je lar..buat2 cam tak tau sudah...
okey...story nye lebih kurang cam niy lar...si dye n sy start couple pd 25 hb 4 2012..tahun lepas baru start couple sbb baru kenal... tapi sebenarnya sy n dye kenal sejak sekolah rendah lgi..tp kenal gitu2 je... sy tak ingat sangat tarikh kteowg mula2 jupe smula slepas zman sekolah rendah lar... tp yg ingat, tarikh couple je...
Hanif niy ske lepak mlm2 kt kedai mkn...kbetulan mase tu sy tengah cuti semester..jdi kije kt kedai mkn jap...dri kul 8mlm hingga kul 2pgi... haaaa...Hanif tu sape??? Hanif ler insan yg ku gelar si dye...
Hanif mse tu tak tau yg sy niy student uitm..dye ingatkan da tak belajar da...
kalu dye tau awl2 mesti kteowg tak couple kan??? sebab dye tak ske budak study u... Katanye budak u niy ramai yg tak elok...
nak dikatakan kteowg ditakdirkan menjadi pasangan cinta, dye tau sy budak u selepas kteowg da couple...
hahahaha...mse tu dye da syg kt sy...tak leh nak buat ape da lar..hehehe

story aku n dye sambung lain kli lar...ngantuk campur letih lar...

to be continue


okey allz... smbil2 menunggu member sy nk gi mkn niy, sy nk smbug blek crite "STory Aku & Dia"... Umur dye sme ngan sy...sbb 2 xheran lar mse skolah rendah kteowg pnah bljar dlm 1 kelas... dye niy owg kg sbelah kg sy...umah kteowg xde lar jauh sgt... kalu naek motor, xsapai pown 15 min...
perkara yg menampakkan kteowg jauh adalh sbb dye kije luar dri kelate n sy blajar kt kelate...dye kije kt melaka...sbb 2 napak cam jauh giler... dye kalu blek kelate msti naek ketapi sbb dye tkut nk naek bas ekspress...sme ler cam sy..tp sy naek juga walaupown tkot..huhu...
ermmm...da tak tau nk tulis pe da tentang dye...yg pasti, dye lar "Si Jejaka Hatiku"..
Doakan moga hubungan kteowg sapai ke jinjang pelamin...

##sy bercinta dgn hrapan hubungan tu kekal hingga ke jinjang pelamin n
perkahwinan tu kekal hingga ke akhir hayat....
moga jdoh di dunia bkn skadar di dunia sahaja tapi juga di akhirat jua...
amin.....

My Subject Matter

KULAT@FUNGUS


Kulat atau Fungus ialah salah satu daripada organisma eukariot yang mencernakan makanannya di luar dan menyerap molekul nutrien ke dalam selnya. Kulat digunakan secara meluas oleh manusia: ragi digunakan untuk menapaikan bir dan roti, sedangkan perladangancendawan merupakan industri yang besar di banyak negara. Kulat ialah pengurai utama untuk bahan-bahan tumbuhan dan haiwan mati di dalam banyak ekosistem, dan biasa dapat dinampak ketika roti lama bercendawan. Bagaimanapun, biologi kulat yang rumit menjangkau pengetahuan dan pengalaman biasa.
Dikelaskan sebagai tumbuhan pada asalnya, kulat langsung bukan tumbuhan kerana kulat ialah heterotrof, iaitu organisma ini tidak menghasilkan karbon sendiri melalui proses fotosintesis tetapi sebaliknya, menggunakan karbon yang dihasilkan oleh organisma yang lain. Sebenarnya, kulat kini dianggap lebih berkait dengan haiwan berbanding tumbuhan, dan kekadang dimasukkan dalam opistokon, sekumpulanmonofili, bersama-sama dengan haiwan. Bagaimanapun, berbeza dengan haiwan, kulat menyerap dan bukan menginges makanannya, serta mempunyai dinding sel. Disebabkan alasan-alasan ini, kulat kini dimasukkan dalam alam sendiri, iaitu alam Kulat.



Ahli mikologi (ahli sains yang mengkaji kulat) mempercayai bahawa kulat adalah monofoli — iaitu semua jenis kulat datangnya daripada leluhur yang sama — kerana kesemua kulat mempunyai kitin di dalam dinding selnya dan merupakan heterotrof berdaya serap, selain daripada ciri-ciri serupa yang lain.




Walaupun sering tidak mudah dilihat, kulat bertumbuh di setiap persekitaran di bumi dan memainkan peranan yang amat penting di dalam kebanyakan ekosistem. Banyak kulat merupakan pengurai utama bahan-bahan tumbuhan dan haiwan mati di dalam hutan, serta banyak persekitaran yang lain. Sebilangan kulat adalah pemangsa nematod yang menangkap mangsanya melalui pelbagai cara seperti cecincin mencerut atau jaring pelekat. Jenis yang lain adalah parasit tumbuhan dan haiwan, termasuk manusia. Kulat mengakibatkan banyak penyakit seperti kutu air dan kurap dalam manusia dan penyakit Pokok Elm Belanda dalam tumbuhan. Kulat yang lain merupakan pekongsi dalam perhubungan simbiosis dengan organisma yang lain. Umpamanya, liken dibentukkan daripada perhubungan simbosis antara alga atau sianobakteria dengan kulat. Kebanyakan tumbuhan pembuluh menerima manfaat daripada simbiosis antaraakarnya dengan kulat.




Kulat mempunyai sejarah penggunaan oleh manusia yang panjang. Banyak jenis cendawan dan kulat yang lain dimakan, termasuk cendawan butang, cendawan shitake, dan cendawan tiram. Tentu saja, banyak spesies cendawan adalah beracun dan menyebabkan banyak kes sakit serta kematian setiap tahun. Sejenis kulat unisel yang digelarkan yis digunakan untuk membakar roti dan menapaikan minuman beralkohol. Kulat juga digunakan untuk menghasilkan bahan kimia perindustrian seperti asid laktik, antibiotik, dan juga untuk membuat jean yang pudarwarnanya. Beberapa jenis kulat dimakan untuk sifat psikedeliknya, baik untuk rekreasi mahupun untuk agama.

Monday, 25 March 2013

CERITA DONGENG



Pada suatu ketika dahulu, terdapat seorang Raja dan Permaisuri yang mempunyai seorang puteri bernama Ingoborg dan seorang putera bernama Ring.
Putera Ring tidak mempunyai apa-apa kehandalan atau sebarang minat dalam pengembaraan. Pada suatu hari ketika berumur dua belas tahun, Putera Ring berkuda ke hutan bersama pengawal-pengawal untuk bersiar-siar. Mereka masuk agak jauh hingga terserempak dengan seekor rusa yang memakai cincin emas pada tanduknya.
Apabila timbul perasaan ingin menangkap rusa itu, Putera Ring mengejar haiwan tersebut diikuti semua pengawal hingga kuda-kuda tunggangan mereka keletihan. Tiba-tiba persekitaran menjadi gelap dan rusa itu hilang daripada pandangan mereka.
Putera Ring dan pengawal-pengawalnya memutuskan untuk bergerak secara berkumpulan dalam usaha mencari jalan pulang, malangnya mereka mengikut jalan yang berlainan. Putera Ring pula tersesat keseorangan dan merayau-rayau di dalam hutan hingga tiba di sebuah kawasan lapang di tengah-tengah hutan itu yang terdapat seorang wanita sedang duduk di atas kerusi di sisi tong besar.
Putera Ring menyapa wanita itu dengan sopan dan wanita itu menyambut kedatangannya dengan mesra. Putera Ring melihat ke dalam tong besar tersebut dan mendapati sebentuk cincin emas yang sangat cantik di dasar tong itu. Dia memerhati cincin itu dengan penuh minat dan wanita itu berkata, jika Putera Ring sanggup berusaha, cincin itu akan menjadi miliknya.
Putera Ring mengucapkan terima kasih kepada wanita itu lalu membongkok ke dalam tong untuk mencapai cincin tersebut. Ketika Putera Ring membongkok, wanita itu menolaknya ke dalam tong lalu berkata, “Sekarang, kamu akan tinggal di dalam tong selama-lamanya.” Wanita itu pun menutup tong tersebut dan mencampak tong itu ke dalam laut.
Putera Ring dapat merasakan tong tersebut bergerak mengikut alunan ombak. Dia tidak dapat menjangka berapa hari sudah berlalu sehingga pada suatu hari tong itu terhentak pada batu. Dia merasakan bahawa kini kedudukannya berhampiran pantai lalu bertindak menendang dasar tong sehingga tercabut.
Akhirnya Putera Ring berjaya keluar lalu berenang ke arah pantai yang merupakan tebing-tebing tinggi. Dia berjaya mendaki tebing tinggi tersebut hingga ke puncak lalu melihat ke sekeliling, rupa-rupanya dia berada di sebuah pulau yang dilitupi hutan dan pokok-pokok epal.
Setelah beberapa hari berlalu, kedengaran bunyi bising yang menyebabkan Putera Ring lari menyembunyikan diri di antara pokok-pokok. Kemudian muncul seorang gergasi sedang mengheret sebuah kereta luncur yang dipenuhi kayu menuju ke arahnya. Putera Ring membantu dan gergasi tersebut berdiri melihatnya beberapa ketika lalu mengambilnya untuk dibawa pulang ke rumah.
Gergasi itu berkata kepada isterinya, “Saya terjumpa budak ini di dalam hutan. Dia tentu boleh membantu kamu di rumah.”
Isteri gergasi itu berasa sangat gembira dan menjaga budak itu dengan baik sekali. Putera Ring berasa gembira tinggal dengan pasangan suami isteri itu malahan dia sanggup melakukan segala suruhan.
Pada suatu hari, gergasi itu menunjuk kepada Putera Ring semua bilik kecuali bilik tamu. Sikap gergasi itu menyebabkan Putera Ring ingin tahu apa yang terdapat di dalam bilik tersebut. Pada suatu hari apabila gergasi itu keluar ke hutan, Putera Ring cuba memasuki bilik misteri itu.
Ketika pintu bilik terbuka, seekor anjing berlari ke arah Putera Ring sambil berkata, “Pilihlah saya, Putera Ring.” Dengan perasaan takut melihat kejadian itu, Putera Ring terus menutup pintu bilik itu.
Tidak berapa lama kemudian, gergasi itu berkata dia akan membawa Putera Ring ke tanah besar kerana menyedari dirinya akan mati tidak lama lagi.
Gergasi itu berkata lagi, “Untuk membalas jasa kamu yang cemerlang, pilihlah mana-mana hartaku.”
Putera Ring menjawab, “Khidmat saya sebenarnya terlalu kecil tetapi jika Tuan berhajat juga, saya ingin memiliki apa-apa yang terdapat di dalam bilik tamu itu.”
Gergasi itu terperanjat dengan permintaan Ring lalu berkata, “Kamu sebenarnya telah memilih ‘tangan kanan’ isteri tua saya tetapi saya tetap berpegang kepada kata-kata saya.” Dia pergi ke bilik itu dan melepaskan anjing yang terkurung. Anjing itu berlari dengan penuh kegembiraan.
Kemudian gergasi, Putera Ring dan anjing itu menaiki sebuah bot batu yang cukup untuk memuatkan mereka. Setiba di daratan, gergasi itu mengucapkan selamat tinggal kepada Putera Ring dan berkata bahawa putera itu boleh mengambil semua hartanya di pulau itu selepas dua minggu kerana pada waktu itu dia sudah mati bersama isterinya.
Putera Ring mengucapkan terima kasih dan gergasi itu pun pulang ke pulau. Beberapa ketika, Putera Ring berjalan dengan senyap dan berasa takut untuk bercakap dengan anjing yang kemudiannya berkata, “Tidakkan Tuan mahu mengetahui nama saya?”
“Siapakah nama kamu?”
“Tuan boleh panggil saya Snati. Kita akan tiba di sebuah istana, Tuan mesti merayu kepada Raja supaya mengizinkan kita menumpang tinggal di sebuah bilik kecil sepanjang musim sejuk ini.”
Raja bersetuju dengan permintaan Putera Ring dan selepas beberapa hari, baginda mula memandang tinggi terhadap Putera Ring. Walau bagaimanapun, Raja mempunyai seorang penasihat bernama Red yang sangat dengki terhadap Putera Ring. Red memaklumkan kepada Raja bahawa orang itu tiada keistimewaannya berbanding orang lain. Dia mencadangkan agar Red dan Putera Ring dihantar ke hutan untuk memotong kayu bagi memastikan orang yang lebih banyak melakukan kerja.
Snati terdengar perbualan tersebut lalu memberitahu tuannya tentangnya. Anjing itu menasihati tuannya supaya meminta dua bilah kapak sebagai persediaan jika salah sebilah kapak patah.
Pada keesokan paginya, Raja memerintahkan Red dan Putera Ring pergi ke hutan untuk memotong kayu. Putera Ring membawa dua bilah kapak dan setibanya dihutan, Snati mula membantunya menebang pokok dengan sebilah kapak lagi.
Menjelang senja, Red dan Putera Ring menghadap Raja. Baginda mendapati kayu yang dikumpul oleh Putera Ring sekali ganda lebih banyak daripada kayu Red. Kini, Putera Ring lebih dipandang tinggi oleh Raja.
Red yang semakin tidak berpuas hati berkata kepada Raja, jika Putera Ring benar-banar berkemampuan, dia patut dihantar untuk membunuh lembu-lembu liar dihutan. Dia dikehendaki menyiat kulit lembu tersebut pada hari yang sama dan membawa pulang tanduk dan belulang lembu itu sebelum menjelang senja.
“Tetapi tiada seorang pun yang berani berhadapan dengan lembu-lembu liar tersebut,” titah Raja.
Red berkata, “Alangkah menarik hati jika kita dapat menyaksikan keberaniannya. Jika dia berjaya dalam ujian ini, Tuanku memang patut memberi penghormatan kepadanya.”
Akhirnya, Raja mengalah kepada kehendak Red. Baginda memerintahkan Putera Ring berhadapan dengan lembu-lembu liar,sedangkan pada waktu itu Putera Ring langsung tidak tahu menahu tentang bahaya yang bakal dihadapinya.
Apabila terserempak dengan Putera Ring dan anjingnya, lembu-lembu liar itu; seekor besar dan seekor lagi kecil, menerpa ke arah mereka. Snati terus berkata kepada Putera Ring, “Tuan cuba berhadapan dengan lembu kecil itu dan saya akan cuba berhadapan dengan lembu besar.”
Snati dengan pantas melompat ke atas belakang lembu besar tersebut lalu bergelut dan berjaya membunuh lembu itu. Selepas itu ia bergegas menolong Putera Ring yang hamper-hampir tewas. Setelah kedua-dua ekor lembu itu mati, mereka pula sibuk melapah lembu-lembu itu. Ketika Snati selesai melapah, Putera Ring hanya separuh siap.
Snati memikul tanduk dan belulang lembu-lembu itu lalu pulang ke istana. Setibanya di hadapan Raja, Putera Ring menyembahkan tanduk dan belulang itu kepada baginda yang terpesona dengan kegagahan Putera Ring.
Kini Putera Ring dianggap wira pada pandangan Raja, yang menyebabkan perasaan dengki Red tidak dapat dibendung lagi dan dia bertekad untuk menghapuskan Putera Ring. Pada suatu hari, penasihat Raja itu mengemukakan satu cadangan kepada Raja.
“Tuanku!” sembah Red, “”Ingatkah Tuanku kepaada mantel emas, papan catur emas dan sejongkong emas yang telah dicuri setahun lalu? Jika Putera Ring benar-benar gagah perkasa, dia pasti dapat menemui dan mengembalikan barang-barang berharga itu sebelum hari Krismas. Sebagai balasan, Tuanku boleh tawarkan Puteri sebagai isteri.”
Raja mengerutkan muka lalu bertitah, “Tidak berapa wajar jika dicadangkan sedemikian kepada Putera Ring kerana kita sendiri tidak tahu di mana barangan berharga itu.”
Walau bagaimanapun, Red berulangkali mengemukakan cadangan tersebut hingga akhirnya ia diterima oleh Raja. Kira-kira sebulan sebelum hari Krismas, Raja memberitahu Putera Ring bahawa baginda memerlukan pertolongan besar daripadanya.
“Apakah yang Tuanku inginkan?” Tanya Putera Ring.
“Mantel emas, papan catur emas dan sejongkong emas yang semuanya milik beta telah dicuri setahun lalu. Jika kamu dapat mengembalikan barangan tersebut sebelum hari Krismas, kamu boleh berkahwin dengan puteri beta.”
“Di mana patik harus mencari barang-barang itu?”
“Beta tidak tahu. Kamu sendiri terpaksa mencari barang-barang itu.”
Putera Ring sedar dia menghadapi masalah yang besar tetapi dia tetap berasa gembira kerana ditawarkan mengahwini Puteri jika berjaya menyelesaikan kerja-kerja tersebut. Dia bersetuju dan mula membuat persediaan untuk mengembara.
Ketika memulakan pencarian, Snati berkata kepada Putera Ring, “Tuan mesti pergi ke semua rumah jiran dan kumpulkan garam sebanyak mungkin.” Putera Ring menurut cadangan itu sehingga tidak mampu lagi memikul karung garam tersebut. Snati menyuruh tuannya memikul karung garam itu dan mereka berdua mula berjalan hingga sampai ke kaki sebuah bukit yang curam.
“Kita perlu daki bukit itu,” kata Snati. “Pegang ekor saya.” Mereka berdua mendaki bukit dan apabila sampai ke puncak, Putera Ring terus rebah lalu pengsan.
Apabila Putera Ring sedar, mereka meneruskan perjalanan melalui sebuah dataran hingga sampai ke sebuah gua. Hari itu menjelang tibanya hari Krismas.
Putera Ring dan Snati berjalan-jalan di sekeliling gua tersebut hingga terjumpa sebuah tingkap, yang membolehkan mereka menjenguk ke dalam gua tersebut. Mereka ternampak empat ekor hantu sedang tidur di tepi unggun api yang memanaskan sebelanga besar bubur.
Snati berkata kepada Putera Ring, “Tuan mesti tuangkan semua garam tadi ke dalam belanga tersebut.”
Sejurus selepas Putera Ring selesai melakukan perbuatan itu, keempat-empat ekor hantu itu terjaga. Seekor hantu tua merasa bubur tersebut dan terkejut, “Apa yang dah jadi, bubur yang kita ambil semalam dari empat buah negeri telah bertukar menjadi garam.”
Sebaliknya hantu-hantu lain merasa bubur tersebut sedap. Apabila mereka menghabiskan bubur itu, hantu tua itu berasa dahaga lalu menyuruh anak gadisnya mengambil sedikit air dari sungai berdekatan untuk diminum.
Anak gadis hantu itu berkata, “Saya tidak mahu pergi melainkan jika emak meminjamkan saya sejongkong emas.”
“Ambillah wahai si bodoh! Dan pulang cepat dengan air yang aku minta.”
Gadis itu berlari dengan emas yang berkilauan hingga cahayanya menyinari seluruh dataran. Ketika dia membongkok untuk meminum air, Snati dan Putera Ring yang menanti di situ menolak gadis itu ke sungai lalu merampas jongkong emas pada tangannya.
Hantu tua itu hilang sabar menunggu air lalu menyuruh anak lelakinya pula mengambil air di tempat yang sama.
“Saya tidak mahu,” kata anak lelaki itu, “melainkan jika ibu memberikan saya mantel emas itu.”
“Ambillah mantel itu dan pergi ambil air untuk emak!” Anak lelaki itu memakai mantel emas tersebut dan cahayanya amat terang hingga menerangi lorong yang dilaluinya menuju ke sungai. Nasibnya sama seperti kakaknya, ketika dia tunduk untuk minum, Putera Ring dan Snati merampas mantel emas tersebut dan menolaknya ke sungai.
Hantu tua itu semakin hilang sabar untuk menahan dahaga lalu menyuruh suaminya pergi mengambil air sambil berkata, “Kedua-dua orang anak yang bodoh itu mesti bermain-main di luar!”.
“Saya tak mahu pergi melainkan jika kamu pinjamkan saya papan catur emas itu”, kata suaminya.
“Ambillah! Kamu pun lebih kurang sama dengan anak-anak kita!”
Hantu lelaki itu pergi dengan membawa papan catur emas. Ketika dia tunduk untuk menghirup air, Putera Ring dan Snati merampas papan catur emas pada tangannya dan menolaknya ke sungai.
Selepas itu, mereka berdua menjenguk kembali melalui tingkap tersebut dan mendapati hantu tua itu bergerak ke arah pintu.
Snati berkata, “Kita mesti masuk ke dalam gua itu dan menghalangnya daripada keluar. Jika dia melangkah keluar, peluang kita akan hancur. Salah seorang daripada kita mesti cuba mencurahkan bubur yang sedang menggelegak itu ke atasnya dan seorang lagi memukulnya dengan besi yang panas membara.”
Apabila mereka bertentang muka, hantu tua itu berkata, “Kamu sudah datang Putera Ring, kamu mesti telah melakukan sesuatu kepada anak-anak dan suami aku.”
Ketika hantu itu cuba menyerang Putera Ring, Snati terus menyambar besi panas dari unggun api lalu memukulnya, manakala Putera Ring bertindak mencurahkan bubur panas yang mendidih pada badannya. Dengan itu, mereka berjaya membunuh hantu tua itu dan membakarnya hingga menjadi abu.
Putera Ring dan Snati meninjau sekitar gua tersebut dan mendapati banyak emas dan harta karun lain yang tersimpan. Mereka mengangkat barangan berharga tersebut ke tebing dan membawa pulang ke istana tiga barangan emas kepunyaan Raja sahaja. Mereka tiba pada waktu larut malam menjelang hari Krismas.
Raja berasa amat gembira kerana harta baginda telah dijumpai dan berasa takjub dengan kebijaksanaan Putera Ring. Putera Ring diisytiharkan sebagai bakal suami kepada Puteri dan sebuah pesta diadakan sepanjang musim Krismas.
Apabila selesai makan malam, Putera Ring memohon izin untuk berehat dan tidur dikamarnya. Snati diminta tidur dikatil Putera Ring manakala Putera Ring tidur ditempat Snati. Putera Ring bertindak begitu kerana mengenangkan sumbangan besar Snati dalam menyelesaikan setiap tugasan yang diberi oleh Raja. Selepas beberapa ketika, Snati datang kepada Putera Ring lalu memberitahunya supaya tidur dikatilnya tetapi tidak mengusik apa-apa yang ada di atas katil.
Tidak berapa lama kemudian, Red kembali ke balai istana dalam keadaan tangan kudung. Dia menyalahkan Putera Ring kerana menyebabkan tangannya kudung. Raja yang murka dan terperanjat melihat kekejaman itu terus memerintahkan Putera Ring menghadap dan memberi penjelasan terhadap kejadian yang berlaku, jika tidak dia akan dihukum gantung. Sebelum itu, Snati memaklumkan kepada Putera Ring kejadian yang sebenar. Putera Ring merayu kepada Raja supaya mengikutnya ke kamar. Di atas katilnya terdapat sepotong tangan yang memegang pedang.
Putera Ring berkata, “Tangan ini hampir-hampir membelah tubuh patik jika patik tidak bertindak mempertahankan diri.”
Akhirnya Red dihukum gantung. Putera Ring pula dikahwinkan dengan Puteri. Pada malam perkahwinannya, Snati diizinkan tidur dikakinya. Pada tengah malam, Putera Ring terdengar bunyi yang aneh berdekatannya lalu menyalakan mancis untuk melihat kejadian yang berlaku. Dia mendapati sehelai kulit anjing yang buruk di lantai dan seorang pemuda kacak di atas katil. Putera Ring teris membakar kulit anjing tersebut dan mengejutkan pemuda yang kacak itu lalu bartanyakan namanya.
Pemuda itu menjawab, “Nama saya juga adalah Ring, seorang putera. Ketika saya masih bayi, ibu saya telah meninggal dan bapa saya mengahwini seorang ahli sihir. Ibu tiri saya menukarkan saya kepada seekor anjing dan mengatakan bahawa saya tidak akan terlepas daripada sumpahan tersebut sehinggalah saya diizinkan tidur di kaki seorang putera yang sama namanya dengan saya pada malam pertama perkahwinannya. Apabila ahli sihir itu mendapati Tuan memiliki nama yang serupa, dia cuba menghapuskan Tuan supaya saya tidak terlepas daripada sumpahannya. Dialah yang menyamar menjadi seekor rusa yang Tuan kejar, dia jugalah seorang wanita yang duduk disebelah tong dan dia jugalah hantu tua yang telah kita bunuh tempoh hari di dalam gua.”
Selepas berakhirnya pesta, kedua-dua orang putera yang sama nama itu diiringi oleh sekumpulan orang lelaku ke lereng bukit untuk mengambil harta yang dikeluarkan dari gua. Kemudian mereka kembali ke pulau itu untuk membawa pulang barangan berharga yang ditinggalkan oleh pasangan gergasi yang telah mati.
Putera Ring mengahwinkan kakaknya Ingibord dengan putera yang senama dengannya. Putera Ring menyerahkan negara kepunyaan ayahandanya depada adik iparnya itu, manakala dirinya sendiri menetap di negara mertuanya dan memerintah negara itu setelah kematian mertuanya.



Monday, 11 March 2013

Tentang Aku

Nama sy Nurul Fatin Afeeqah Binti Mat Jusoh...
Kat rumah family panggil sy Along sbb anak first dalam family...
Kawan sekolah rendah panggil sy Fieqah n kwn sekolah menengah n kwn uitm panggil sy Fatin...
Majoriti kwn2 sy panggil sy "Fatin"
Sy anak first dari 7 owg adik beradik...
Sy berasal dari Tumpat, Kelantan...

Erm...da tak tau nak cakap pe..
just kenalkn diri sedikit sbb sy masih baru dalam memblog ni..
jadi tak tau sangat nak tulis apa...
nati kalu ada new story, sy akan tulis dalam blog ni lagi erk..


salam perkenalan