Craft Felt

Wednesday, 7 October 2015

Part 1: Perancangan Kahwin

Assalamualaikum...
Malam ni sy nk kongsi pasal perancangan utk majlis perkahwinan.. Tarikh kahwin tak tetap lagi.. tapi plan nak kahwin nati raya puasa tahun depan.. cuma tak tahu raya ke berapa, berapa hari bulan, hari ape dan lain2.. lambat lagi kn??? Bukan excited nk kahwin cuma nak save budget.. semua benda kalu blh nak D.I.Y (Do It Yourself).. jadi memerlukan perancangan dpd awal supaya tak membazir.. Tak nak grand sbb tak mampu.. nak simple tapi meriah.. sbb family sy ramai.. kawan2 abah pn ramai.. ni first time keluarga nk buat majlis kahwin tu semua kenalan kena jemput. Takot ada yg terasa kalu tak jemput.. lagipun tunang sy ni org kampung sebelah kampung sy.. dekat sgt.. mesti ramai yg dtg.. jd bnyk barang kena prepare contoh makanan, doorgift dan lain2..
Okey.. kat sini sy nak share benda yg sy nak D.I.Y sendiri..

PERTAMA: BUNGA TELUR
- bunga telur diperbuat dpd tisu.. rancang nk buat 200pcs.. banyak tak?? Sekarang tengah buat (jgn cakap semangat erk.. lepas ni nk pegi kije.. takut lepas ni tak de masa nak buat..).. dah siap nati, sy share pasal bunga tisu ye..

KEDUA: GUEST BOOK
- dalam perancangan.. rasa mcm nak nak beli buku kulit tebal, lepas tu nak balut dengan kain felt..hiasan pun nk guna kain felt dan riben.. lepas tu nak tampal pic dalam tu.. erm.. amacam.. comei x???

KETIGA: KAD KAHWIN
- dah buat dlm laptop.. cuma rasa macam nak tukar pattern je.. tengok contoh kad kahwin kertas craft mcm cantik je.. tahun depan nak pikir semula..hihihi

KEEMPAT: BILIK PENGANTIN DAN MEJA MAKAN PENGANTIN
- yg tu dalam proses nak pikir.. ikutkan hati pelamin pn nak D.I.Y sendiri.. kena try usya barang2 dulu.. kalau tak mampu, kena tempah jugak ler.. kawan sy abik tempahan pelamin.. utk sy, suma jenis design, dye nak bagi rm900...mahal ke murah erk?

KELIMA: BAJU AKAD NIKAH DAN BAJU SANDING (utk lelaki dan perempuan)
- my mom tukang jahit.. so tak jadi masalah nak jahit sendiri.. cuma tengah pikir nak design baju yg macam mana je.. sejak sekolah bercita2 nak pakai baju design sendiri.. harap2 impian tercapai.. Amin

KEENAM: DOORGIFT
- terpikir nak D.I.Y yassin..tp tak pasti dpt ke tak
- nak D.I.Y tasbih mini.. comei..
- nak letak gula2.. dan yg lain2 tengah pikir..

KETUJUH: BEG KERTAS UTK DOORGIFT
- tengok dlm internet, org buat dgn kertas surat khabar.. cantik.. tp my mom tak berkenan. So sy plan nk buat dengan brown paper @ kertas watna putih.. tengah usya kertas yg nak guna.. hiasan nati pun tengah pikir.. nati da siap, sy kongsi ye..

KELAPAN: lain kali sy kongsi.. sbb dalam perancangan.. banyak perancangan kena pikir.. nak jimat punya pasal.. kena banyak berkorban tenaga.. kalau blh kahwin sekali seumur hidup.. jadi nak yg perfect kena rancang dari awal..supaya tak kelam kabut nati hari perkahwinan...

Ni pulak senarai hantaran yg sy rancang nak bagi kat pihak lelaki:
1. Sireh junjung
2. Pulut semangat
3. Kek
4. Baju tshirt dan seluar jeans (encik tunang tak kije pejabat.. jd rugi beli baju kemeja dan seluar slack..nati tak pakai jugak)
5. Al-Quran dan kain pelikat
6. Sandal (baik beli sandal, sbb nati encik tunang pakai)
7. buah-buahan
8. Perfume dan barangan mandian
9. Jam tangan
10. Dompet dan tali pinggang
11. Coklat

Okey.. setakat ini perkongsian sy tentang perancangan perkahwinan sy di part 1. Perancangan lain akan dikongsikan dalam part lain.. hihi..
Terima kasih sbb sudi singgah di blog sy..

Tuesday, 6 October 2015

Hari Pertunangan

Perghhh.. da lama giler xpost pape dlm blog niy..
So hari niy nak story psal aq punya majlis pertunangan dgn si dye.. tunang da lama da.. 21/7/2015.. tp baru update..
Ktiorg punya majlis ptunangan simple je.. xde grand2 pun.. xde pelamin.. pkai bju kurung biasa je..xde hiasan2 pun. Simple sgt2.. tapi barang-barang hantaran tunang ada lar..

Senarai barangan hantaran dpd pihak lelaki:
1. Cincin
2. Kain sepasang
3. Kek
4. Buah-buahan
5. Biskut dan coklat

Senarai barangan hantaran dpd pihak perempuan:
1. Kain pelikat dan sejadah
2. Kek
3. Coklat dan gula-gula
4. Susu tin
5. Buah-buahan

Aq punya barang balas pun sama banyak dgn pihak lelaki sbb tanya kawan-kawan yg pernah tunang, diaorg kata diaorg balas sama banyak. Aq pun ikut lah.. ikutkan adat org kelantan, masa tunang kena bagi cincin kt lelaki.. Tapi tunang aq xnak cincin.. dye nak nati kahwin..
Hantaran utk tunang ni banyak manisan ler..


Ni gambar aq masa tunang.. simple sangat kn??